Sunday 10 February 2013

Semanis Kurma

Pagi ini saya sempat menonton program semanis kurma di TV9 - tajuk perbincangan "Sihir Cinta". Dalam program tadi Ustaz Mohd Fauzi telah beritahu penonton tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding sihihr, penunduk sihir dan pembatal sihir.


Pendinding sihir
An-Nisaa' ayat 84 dan Yunus 64. Ayat ini boleh dibaca pagi dan petang. Kalau nak mudah baca selepas solat - baru ada disiplin.


Penunduk sihir
Bagi sesiapa yang diancam akan disihir oleh orang tertentu boleh membaca ayat Al-Quran berikut selain ayat pendinding di atas.

Surah Al 'A'raf ayat 118 hingga 122 dan Surah Taha ayat 69.


Pembatal sihir
Bagi sesiapa yang telah terkena sihir boleh membaca ayat berikut untuk membatalkan sihir tersebut:

Surah Yunus ayat 81 hingga 82.


Bagi yang menonton semula program ini boleh melawati www.tonton.com.my/semaniskurma. Tajuk program ialah Sihir Cinta 2.

No comments:

Post a Comment