Wednesday 13 February 2013

Tukar Pengkalan

Bot Berkat 3 telah dicat hijau (bahagian badan bot - dahulunya warna merah). Warna hijau ialah untuk bot yang berpengkalan di Terengganu. Merah untuk Kelantan dan Kuning untuk Pahang.

Badan bot telah dicat hijau. Hanya tinggal kabin tekong yang perlu dicat hijau.


Pemandangan daripada belakang bot - badan bot telah dicat hijau.

Bot api berada di jeti semasa musim tengkujuh.

Sunday 10 February 2013

Semanis Kurma

Pagi ini saya sempat menonton program semanis kurma di TV9 - tajuk perbincangan "Sihir Cinta". Dalam program tadi Ustaz Mohd Fauzi telah beritahu penonton tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding sihihr, penunduk sihir dan pembatal sihir.


Pendinding sihir
An-Nisaa' ayat 84 dan Yunus 64. Ayat ini boleh dibaca pagi dan petang. Kalau nak mudah baca selepas solat - baru ada disiplin.


Penunduk sihir
Bagi sesiapa yang diancam akan disihir oleh orang tertentu boleh membaca ayat Al-Quran berikut selain ayat pendinding di atas.

Surah Al 'A'raf ayat 118 hingga 122 dan Surah Taha ayat 69.


Pembatal sihir
Bagi sesiapa yang telah terkena sihir boleh membaca ayat berikut untuk membatalkan sihir tersebut:

Surah Yunus ayat 81 hingga 82.


Bagi yang menonton semula program ini boleh melawati www.tonton.com.my/semaniskurma. Tajuk program ialah Sihir Cinta 2.

Friday 8 February 2013

Singgah kat Jeti Nelayan Paka

Minggu lepas saya dan keluarga singgah di jeti nelayan Paka untuk melihat suasana di jeti nelayan Paka. Bot-bot kecil masih lagi tidak keluar ke laut kerana keadaan laut yang masih tidak menentu - musim tengkujuh belum berakhir sepenuhnya.

Bot-bot kecil nelayan lesen A berlabuh di jeti
                                       
Pemandangan daripada jeti nelayan
                                                

Medan ikan bakar jeti nelayan Paka


Bot fiber kecil semakin diminati nelayan pantai