Thursday 27 December 2012

Serba Sedikit Tentang Nelayan


Di sini saya ingin ceritakan sikit tentang pengetahuan am tentang nelayan. Nelayan boleh dibahagikan kepada 2 kategori - nelayan pinggir pantai dan nelayan laut dalam.

Nelayan pinggir pantai biasanya menggunakan bot yang lebih kecil dan menjalankan aktiviti perikanan sekitar 30km atau kurang daripada pantai. Mereka biasanya menggunakan pukat hanyut, tangkul atau jala. Ikan yang biasa diperolehi ialah bawal, parang, ikan bilis, ikan merah, parang dan tenggiri.

Nelayan laut dalam pula menggunakan bot yang lebih besar - lesen C hingga C2. Bot lesen laut dalam tidak boleh menjalankan kegiatan menangkap ikan di kawasan nelayan pinggir pantai. Biasanya nelayan laut dalam pergi melebihi 30km hingga 300km daripada pantai. Ikan yang biasa diperolehi ialah kembong, selar, selayang, tenggiri dan tongkol.

Bot laut dalam juga biasanya menggunakan peralatan moden seperti echo sounder untuk mengesan kumpulan ikan, kedalaman laut dan juga keadaan dasar laut. Dengan adanya echo sounder juruselam tidak lagi diperlukan untuk mengetahui kedudukan ikan. Robot untuk menarik pukat biasanya digunakan untuk mempercepatkan proses menarik pukat.

Bot laut dalam dibenarkan untuk menggunakan awak-awak (krew) warga asing seperti warga Thailand dan Kemboja. Bot nelayan pesisir pantai tidak boleh menggunakan tenaga kerja warga asing.


No comments:

Post a Comment