Thursday 27 December 2012

Serba Sedikit Tentang Nelayan


Di sini saya ingin ceritakan sikit tentang pengetahuan am tentang nelayan. Nelayan boleh dibahagikan kepada 2 kategori - nelayan pinggir pantai dan nelayan laut dalam.

Nelayan pinggir pantai biasanya menggunakan bot yang lebih kecil dan menjalankan aktiviti perikanan sekitar 30km atau kurang daripada pantai. Mereka biasanya menggunakan pukat hanyut, tangkul atau jala. Ikan yang biasa diperolehi ialah bawal, parang, ikan bilis, ikan merah, parang dan tenggiri.

Nelayan laut dalam pula menggunakan bot yang lebih besar - lesen C hingga C2. Bot lesen laut dalam tidak boleh menjalankan kegiatan menangkap ikan di kawasan nelayan pinggir pantai. Biasanya nelayan laut dalam pergi melebihi 30km hingga 300km daripada pantai. Ikan yang biasa diperolehi ialah kembong, selar, selayang, tenggiri dan tongkol.

Bot laut dalam juga biasanya menggunakan peralatan moden seperti echo sounder untuk mengesan kumpulan ikan, kedalaman laut dan juga keadaan dasar laut. Dengan adanya echo sounder juruselam tidak lagi diperlukan untuk mengetahui kedudukan ikan. Robot untuk menarik pukat biasanya digunakan untuk mempercepatkan proses menarik pukat.

Bot laut dalam dibenarkan untuk menggunakan awak-awak (krew) warga asing seperti warga Thailand dan Kemboja. Bot nelayan pesisir pantai tidak boleh menggunakan tenaga kerja warga asing.


Wednesday 26 December 2012

Peralatan Tambahan

Saya perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk membeli robot menarik pukat. Sekarang ni pukat ditarik secara manual oleh krew bot - makan masa lebih kurang empat jam. Jika robot digunakan, masa menarik pukat boleh dikurangkan menjadi setengah jam sahaja - jimat tiga jam setengah. Bot boleh balik ke pengkalan lebih cepat.

Monday 24 December 2012

Beli Bot Laut Dalam !

Abang saya telah lama mengusahakan bot laut dalam di Terengganu. Terdapat banyak cabaran dalam bidang ini seperti ketiadaan pekerja tempatan untuk bekerja sebagai krew bot laut dalam. Kos operasi bot laut dalam juga agak tinggi dan tiada jaminan hasil tangkapan dapat memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Namun semuanya cabaran itu tidak saya ambil kisah. Saya ingin menjadi usahawan bot laut dalam. Nekad!!! Saya mula mencari bot laut dalam terpakai untuk dijual. Sebabnya - harga bot terpakai lebih rendah daripada bot baru dan bot terpakai terus boleh digunakan untuk ke laut. Tidak perlu tunggu bot siap. Maklumlah modal takde lah banyak sangat.

Setelah beberapa lama mencari, akhirnya bot yang sesuai ditemui. Harga dipersetujui dan akhirnya bot dapat dimiliki.

Pemandangan daripada dek bot. Kelihatan anak saya berbaju merah berjalan di atas dek bot.

Bot lesen laut dalam C2 dibeli daripada seorang pengusaha bot laut dalam di Terengganu. Bot ini berpengkalan di Tok Bali, Kelantan - sebab tu bewarna merah. Permohonan untuk menukar pengkalan ke Terengganu dihantar ke pihak berkenaan. Bot akan dicat hijau setelah permohonan menukar pengkalan diluluskan.


Pemandangan kabin tekong bot - berhawa dingin.


Pemandangan belakang bot.


 Pemandangan bot berlabuh di jeti persendirian.

Pemandangan dalam kabin.

Itulah yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Kini bot telah beroperasi dengan krew Melayu daripada Thailand. Bot telah ke laut sebanyak sembilan kali (9 trip) dengan jumlah tangkapan melebihi 100 tan. Langkah seterusnya ialah untuk memajukan usaha pemasaran agar memperolehi harga ikan yang lebih munasabah. Harga ikan yang dibayar pengguna sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga jualan ke pemborong ikan. Sekiranya ada penjual ikan atau pengusaha keropok lekor yang ingin memborong ikan dengan kuantiti yang banyak  - boleh hubungi saya di mdahrun@yahoo.com atau 012-2268229. 























<script type="text/javascript">
  var _gaq = _gaq || [];
  _gaq.push(['_setAccount', 'UA-37271151-1']);
  _gaq.push(['_trackPageview']);

  (function() {
    var ga = document.createElement('script'); ga.type = 'text/javascript'; ga.async = true;
    ga.src = ('https:' == document.location.protocol ? 'https://ssl' : 'http://www') + '.google-analytics.com/ga.js';
    var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s);
  })();

</script>