Thursday 18 September 2014


Pemandangan bandar Cukai dari Geliga
Tahun 2014

Dah lama tak menulis tentang perikanan laut dalam. Kadang-kadang ada terima e-mel, sms dan juga panggilan telefon. Mintak maaf sebab tak berkesempatan untuk membalas.

Tahun ini, bot telah dimodifikasi untuk mempercepatkan proses menangkap ikan dan juga untuk mengurangkan penggunaan jumlah kru.

Pelabuhan Pattani
Pada bulan Ogos yang lalu, saya berkesempatan untuk singgah menziarah rumah tekong di Thailand. Sempat juga jalan-jalan di beberapa daerah di selatan Thailand. Destinasi paling penting ialah singgah di pelabuhan perikanan di Pattani. Bot-bot laut dalam sangat banyak di pelabuhan Pattani. Industri hiliran perikanan juga banyak di sini yang membolehkan penjualan ikan dalam kuantiti yang banyak dibuat dalam waktu yang singkat. Kehidupan warga Thai disini agak susah berbanding di Malaysia. 

Bot Thailand memasuki pelabuhan Pattani

Ramai wanita yang sudah berusia bekerja di pelabuhan Pattani - memunggah ikan, menggred ikan mengikut saiz dan jenis. Mereka bekerja dengan pantas - ikan yang begitu banyak dapat punggah dan digred dengan begitu cepat. Urusniaga dijalankan secara tunai - pemborong terus bayar kepada tauke bot. 



Rumah Tekong di Thailand

Di sepanjang jalan pula banyak halangan kawat besi diletakkan oleh tentera Thai agar kenderaan tidak dapat bergerak laju. Ramai tentera dan banyak kenderaan tentera kelihatan dalam jarak yang dekat di sepanjang lebuhraya. Kadang-kadang perlu berhenti untuk pemeriksaan tentera. Terasa seperti dalam suasana perang. Tekong saya cakap tidak ada yang perlu ditakutkan - hanya perlu elakkan berada dekat dengan tentera atau kenderaan tentera.



Bot berada di jeti persendirian
Bot yang telah siap dimodifika
Saya singgah solat di rumah tekong sambil dijamu minum petang. Lewat petang bertolak pulang ke Malaysia. 

Membungkus ikan untuk dipasarkan
Mengisi ais ke dalam bot

Sedang baiki pukat
Mengisi ais dalam tong ikan