Thursday 18 September 2014


Pemandangan bandar Cukai dari Geliga
Tahun 2014

Dah lama tak menulis tentang perikanan laut dalam. Kadang-kadang ada terima e-mel, sms dan juga panggilan telefon. Mintak maaf sebab tak berkesempatan untuk membalas.

Tahun ini, bot telah dimodifikasi untuk mempercepatkan proses menangkap ikan dan juga untuk mengurangkan penggunaan jumlah kru.

Pelabuhan Pattani
Pada bulan Ogos yang lalu, saya berkesempatan untuk singgah menziarah rumah tekong di Thailand. Sempat juga jalan-jalan di beberapa daerah di selatan Thailand. Destinasi paling penting ialah singgah di pelabuhan perikanan di Pattani. Bot-bot laut dalam sangat banyak di pelabuhan Pattani. Industri hiliran perikanan juga banyak di sini yang membolehkan penjualan ikan dalam kuantiti yang banyak dibuat dalam waktu yang singkat. Kehidupan warga Thai disini agak susah berbanding di Malaysia. 

Bot Thailand memasuki pelabuhan Pattani

Ramai wanita yang sudah berusia bekerja di pelabuhan Pattani - memunggah ikan, menggred ikan mengikut saiz dan jenis. Mereka bekerja dengan pantas - ikan yang begitu banyak dapat punggah dan digred dengan begitu cepat. Urusniaga dijalankan secara tunai - pemborong terus bayar kepada tauke bot. 



Rumah Tekong di Thailand

Di sepanjang jalan pula banyak halangan kawat besi diletakkan oleh tentera Thai agar kenderaan tidak dapat bergerak laju. Ramai tentera dan banyak kenderaan tentera kelihatan dalam jarak yang dekat di sepanjang lebuhraya. Kadang-kadang perlu berhenti untuk pemeriksaan tentera. Terasa seperti dalam suasana perang. Tekong saya cakap tidak ada yang perlu ditakutkan - hanya perlu elakkan berada dekat dengan tentera atau kenderaan tentera.



Bot berada di jeti persendirian
Bot yang telah siap dimodifika
Saya singgah solat di rumah tekong sambil dijamu minum petang. Lewat petang bertolak pulang ke Malaysia. 

Membungkus ikan untuk dipasarkan
Mengisi ais ke dalam bot

Sedang baiki pukat
Mengisi ais dalam tong ikan

Wednesday 12 June 2013

Bot Pukat Tunda New Zealand


Video operasi bot perikanan pukat tunda di New Zealand. Bot perikanan moden ini mengggunakan tenaga kerja minima dengan automasi proses serta peralatan canggih. Video di bawah menunjukkan operasi penangkapan ikan spesis hoki yang merupakan salah satu spesis yang digunakan untuk membuat burger ikan McDonald.    


Monday 10 June 2013

Bot Idaman


Ini adalah gambar-gambar bot idaman saya. Bot nelayan besi ini dibuat di New Zealand. Ianya kecil  sedikit daripada Bot Berkat 3 (panjang 57 kaki berbanding Berkat 88 kaki) tetapi mempunyai kemudahan moden yang jauh lebih baik seperti kemudahan membuat ais daripada air laut dan tidak memerlukan pekerja yang ramai - hanya perlu 4 orang termasuk tekong. Ia juga berupaya mengendalikan muatan ikan yang banyak serta dapat mengekalkan kualiti ikan. Dan yang paling penting kos operasi yang sangat ekonomi berbanding saiz dan kemudahan yang ada.






Specification:
Length Overall: 19.15m
Design Water Length: 18.444m
Beam: 6.120m
Draft: 3.100m
Displacement: 146.00 Tonne
Fuel Oil Capacity: 17,500L approx
Fresh Water Capacity: 3,500L approx
Lube Oil Capacity: 1,800L approx
Waste Water Capacity: 500L approx
Hydraulic Oil Capacity: 2,200L approx
Fish Hold Capacity: 75 cubic metres approx
Free Running Speed: 10.4 knots approx
Main Engine: Caterpillar 3412E 474KW @1500 rpm
Gearbox: Hundested Marine Gear CPG-32 3.96:1
Propeller: Hundested Variable Pitch 9 ½” Hub x 1.6m diameter, 4 blade propeller
Bollard Pull: Approx.  9000kg
Main Power Supply: M/E Shaft driven 175kva 400v 3P 50Hz Alternator
Trawl Winches: SBL Hydraulic split winches, computer controlled with auto scrolling
Refrigeration: Salt water Ice Maker and Cold Wall Refrigeration Pipes

Saturday 8 June 2013

Fadhilat Zikir

Keutamaan Zikir
Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut – Ayat 45,
“Dan sesungguhnya mengingati Allah SWT adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-idabat yang lain).”
Dunia datang kepadamu dalam keadaan hina-dina 
Ucapkanlah “Subhaanallaahi Wa Bihamdihi, subhaanallahi ‘Azhiim, astaghfirullah”  sebanyak 100 kali antara terbit fajar hingga didirikan solat Subuh. Nescaya dunia akan datang kepadamu dalam keadaan hina-dina. 
Sumber: Rahsia Doa & Zikir Imam Al-Ghazali

Wednesday 3 April 2013

Gangguan Makhluk Halus

Sebentar tadi antara maghrib hingga isyak, jiran saya telah mengadakan majlis untuk menghalau makhluk halus yang menganggu penyewa rumahnya. Majlis dijalankan oleh ahli-ahli Darul Syifa' Bangi. Ketika saya sampai solat maghrib baru sahaja selesai.

Majlis dimulai dengan solat hajat, diikuti dengan bacaan Yasin dan zikir ruqyah. Setelah selesai zikir kami solat isyak berjemaah. Seterusnya ustaz daripada Darul Syifa' menerangkan bagaimana untuk melakukan rejam menggunakan garam dan lada hitam yang telah dibacakan Yasin dan ayat-ayat ruqyah tadi. Garam dan lada hitam digunakan untuk merejam sekeliling kawasan luar rumah semasa azan maghrib. Semasa merejam dibaca ayat Kursi terus menerus hingga selesai merejam. Kawasan sekeliling dalam rumah pula kecuali tandas direnjis dengan air yang juga telah dibacakan Yasin dan ayat ruqyah. Masa merenjis dibaca ayat kursi terus menerus hingga selesai merenjis. Merejam dan merenjis mesti dilakukan tiga hari berturut-turut. Ahli-ahli Darul Syifa' membantu untuk merejam dan merenjis untuk malam ini walaupun waktu maghrib sudah lama habis.

Saya berdiri sambil bersembang dengan jiran-jiran lain yang turut hadir. Kadang-kadang saya menoleh untuk melihat ahli-ahli Darul Syifa' melakukan rejam dan renjis. Salah seorang jiran saya mengikuti pengajian perubatan di Darul Syifa'. Saya megambil peluang bertanya tentang masalah ghout saya. Dia menyarankan agar saya meminum air daripada tiga batang saleri yang telah dikisar (hampas dibuang) selama 2 minggu. Tujuannya ialah untuk menurunkan kolestrol. InsyaAllah ghout boleh baik setelah paras kolestrol turun ke tahap normal. Selain itu berat badan harus turun mengikut bacaan BMI yang sepatutnya. InsyaAllah saya akan cuba kedua-duanya. Saya juga bertanya tentang bayi saya yang kerap menangis tengah malam sejak kebelakangan ini. Dia menyuruh saya membaca 3 Qul, meniup ke tapak tangan saya dan  seterusnya menyapu ke badan anak kecil saya. InsyaAllah anak kecil tak menangis kecuali menangis lapar nak susu.Yang tu tak leh buat apa - kena bagi susulah!

Setelah semuanya selesai kami dijamu oleh tuan rumah. Habis makan saya pulang berjalan ke rumah saya yang hanya selang sebuah rumah.


Tuesday 2 April 2013

Trip pertama bulan April

Alhamdulillah, semalam bot Berkat 3 mendaratkan 20 tan ikan tongkol untuk trip pertama bulan April 2013.

Ikan dalam petak ikan bot Berkat 3

Menaikkan ikan ke jeti


Ikan ditimbang untuk dimasukkan ke dalam tong 

Ais dimasukkan ke dalam tong-tong ikan sebelum dihantar ke pemborong



Wednesday 13 February 2013

Tukar Pengkalan

Bot Berkat 3 telah dicat hijau (bahagian badan bot - dahulunya warna merah). Warna hijau ialah untuk bot yang berpengkalan di Terengganu. Merah untuk Kelantan dan Kuning untuk Pahang.

Badan bot telah dicat hijau. Hanya tinggal kabin tekong yang perlu dicat hijau.


Pemandangan daripada belakang bot - badan bot telah dicat hijau.

Bot api berada di jeti semasa musim tengkujuh.